Monday, February 7, 2011

Tips Untuk Menurunkan Berat Badan Dan Kolesterol

Dialog pagi tadi
En Suami : Pagi ni saya tak nak makan oat, nak makan malam nanti'
Pn Isteri : Maksudnya, kita tak makan nasi malam ni?(pura-pura terkejut sambi sorok kegembiraan dalam hati- tak payah masak)
En Suami : Ya
Pn Isteri : (sorak dlm hati sambil bersabar untuk berguling-guling- tunggu en suami pegi kerja dahulu-haha)

Ya, Oat mampu menurunkan paras kolesterol dan berat badan anda...kenapa?

1. Mengandungi serat larut (Beta glucan) yang boleh menyahkan kolesterol. Serap bagai span- kata Quacker

2. Mengandungi kalori yang sangat rendah. 3 sudu makan oat mentah bersamaan 75kcal. 3 sudu mentah, kalau dimasak sudah menjadi 1 mangkuk sederhana. Kenyang. 1 mangkuk nasi pula, dah jadi 225 kcal...owh, mari makan oat sekarang!

3. Banyak kajian telah dilakukan untuk membuktikan pernyataan 1 & 2 diatas. Eh, kajian tahun akhir saya juga!

Jadi, marilah sama-sama kita sahut cabaran jantung bijak Quacker (seerti Amy Mastura pula saya). Cara-cara menikmati oat dengan gembira (memandangkan orang kita tidak mengiktiraf oat sebagai makan ruji):

1. Makan Bersama susu dan buah-buahan (owh..mungkin jemu kalau setiap hari)

2. Makan bersama sup ayam panas atau tom yam panas. (tetap ada protein dan vitamin dalam sayuran)

3. Makan bersama buah-buahan kering seperti kismis dan prune.

4. Buatlah cookies, kek (seperti secret recipe) dan ayam goreng salut oat..dll..(resepi sila cari sendiri)


gambar ehsan google...

1 comment:

ainzoo said...

wa suke entri lu if pasal diet sihat... gua sukeeee sgt ;)