Wednesday, July 6, 2011

Perjalanan Ke Tanah Suci Part 2

Bertemu kita lagi di rancangan Perjalanan Ke Tanah Suci, Episod 2. Dalam episod kali ini, kita akan melihat gambar-gambar yang dirakamkan menerusi kamera N73 cap Nokia ya. Kerana aku terlalu teruja, memang tak bawak kamera untuk perjalanan menuju Allah ni.. *_*. Sambil menikmati gambar-gambar ini, eloklah Cik Ros pasangkan lagu HAJI MENUJU ALLAH nyanyian Raihan, ataupun PANGGILAN HAJI oleh Siti, Waheeda, Ezlyn dan Ella..ya..

Ok, perjalanan kita menuju ke Makkah Al Mukarramah..
8 Jam menaiki bas dari Madinah Al Munawwarah

Memasuki Kota Mekah- hampir dengan Masjidil Haram

Perasaan masa ni, tak yah cakap. Rasa nak panjangkan leher, jenguk ke dalam masjid, nak tengok Kaabah. Berdebar2 lebih dari nak jumpa boyfriend kali pertama *_*. Juga berdebar, adakah aku dapat melihat Kaabah? Ya Allah..berdebar sangat..

Perkarangan Masjid- ramai solat di ruangan ini. Jangan tiru. Kita solat di dalam. Pahala tak sama- rujuk buku Travelog Haji

Kaabah- Kiblat Umat Islam

Gambar ni di rakamkan dari tingkat atas masjid, selepas solat Maghrib. Waktu yang aku rasa, paling sesak dalam tempoh 9 hari di Tanah Suci Mekah kerana hari cuti umum Arab Saudi. Dapat melihat kaabah dengan mata sendiri adalah nikmat yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Dari Safa Ke Marwah

Semasa Saie..perlukan stamina. Lepas lengkap saie pertama, aku berazam nak pergi haji sebelum umur mencecah 40 tahun. Haji dan umrah adalah praktikal. Semoga kita boleh jalankan ibadah ini sewaktu usia remaja macam sekarang. *_*

Jabal Rahmah Atau Bukit Rahmah- Tempat pertemuan Adam Dan Hawa: Melengkapkan ziarah

Ramai orang kita kata, bila pergi Mekah, jgn lupa doa untuk dapat jodoh disini. Menurut Mutawif kami, Jabal Rahmah tidak termasuk dalam Tempat Mustajab Doa. Jadi..boleh berdoa, cuma ia tidak termasuk dalam tempat mustajab..

Di puncak Jabal Rahmah. Dari sini boleh nampak Padang Arafah...

Setakat itu sajalah gambar-gambar dan cerita untuk tatapan Cik Ros ye. Saya akhiri rancangan kita pada kali ini dengan visual yang dirakamkan sebelum ke Jeddah Aiport- Laut Merah....


Semoga perjalanan sahabatku, Roshaslida Ismail mendapat berkat dan mendapat Umrah yang Mabrur..Amin...

1 comment:

healingherbs said...

hehe.. tq mek... sebok aku baca.. terharu...... huhuhu... dok sabor wase....