Bertemu kita lagi di rancangan Perjalanan Ke Tanah Suci, Episod 2. Dalam episod kali ini, kita akan melihat gambar-gambar yang dirakamkan menerusi kamera N73 cap Nokia ya. Kerana aku terlalu teruja, memang tak bawak kamera untuk perjalanan menuju Allah ni.. *_*. Sambil menikmati gambar-gambar ini, eloklah Cik Ros pasangkan lagu HAJI MENUJU ALLAH nyanyian Raihan, ataupun PANGGILAN HAJI oleh Siti, Waheeda, Ezlyn dan Ella..ya..
Ok, perjalanan kita menuju ke Makkah Al Mukarramah..
8 Jam menaiki bas dari Madinah Al Munawwarah
Memasuki Kota Mekah- hampir dengan Masjidil Haram
Perasaan masa ni, tak yah cakap. Rasa nak panjangkan leher, jenguk ke dalam masjid, nak tengok Kaabah. Berdebar2 lebih dari nak jumpa boyfriend kali pertama *_*. Juga berdebar, adakah aku dapat melihat Kaabah? Ya Allah..berdebar sangat..
Perkarangan Masjid- ramai solat di ruangan ini. Jangan tiru. Kita solat di dalam. Pahala tak sama- rujuk buku Travelog Haji
Kaabah- Kiblat Umat Islam
Gambar ni di rakamkan dari tingkat atas masjid, selepas solat Maghrib. Waktu yang aku rasa, paling sesak dalam tempoh 9 hari di Tanah Suci Mekah kerana hari cuti umum Arab Saudi. Dapat melihat kaabah dengan mata sendiri adalah nikmat yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Dari Safa Ke Marwah
Semasa Saie..perlukan stamina. Lepas lengkap saie pertama, aku berazam nak pergi haji sebelum umur mencecah 40 tahun. Haji dan umrah adalah praktikal. Semoga kita boleh jalankan ibadah ini sewaktu usia remaja macam sekarang. *_*
Jabal Rahmah Atau Bukit Rahmah- Tempat pertemuan Adam Dan Hawa: Melengkapkan ziarah
Ramai orang kita kata, bila pergi Mekah, jgn lupa doa untuk dapat jodoh disini. Menurut Mutawif kami, Jabal Rahmah tidak termasuk dalam Tempat Mustajab Doa. Jadi..boleh berdoa, cuma ia tidak termasuk dalam tempat mustajab..
Di puncak Jabal Rahmah. Dari sini boleh nampak Padang Arafah...
Setakat itu sajalah gambar-gambar dan cerita untuk tatapan Cik Ros ye. Saya akhiri rancangan kita pada kali ini dengan visual yang dirakamkan sebelum ke Jeddah Aiport- Laut Merah....
Semoga perjalanan sahabatku, Roshaslida Ismail mendapat berkat dan mendapat Umrah yang Mabrur..Amin...
Showing posts with label visit. Show all posts
Showing posts with label visit. Show all posts
Wednesday, July 6, 2011
Perjalanan Ke Tanah Suci Part 1
Entry ini khas untuk Roshaslida Ismail, sebelum berangkat ke Baitullah. Untuk semangat anda, ye..
Saudi Riyal...
Jeddah Airport- pemandangan selepas mendarat
Perjalanan Jeddah ke Madinah
Madinah Hilton. Betul2 tepi Masjidil Nabawi. Tapi aku tak stay sini..*_*.
Masjid Nabawi.
Antara yang tak boleh dilupa kat sini bila berjalan di tepi jemaah Turki, untuk ke Makam Rasullullah S.A.W. Mak cik Turkish tu duk sebut2 "Assalamualikum Ya Rasulullah, Assalamulaikum Ya Habibullah" sambil mengalirkan air mata. Tujuan kami sama- ziarah Rasulullah. Dan berdoa di Raudhah..Taman Syurga...gambar2 dalam masjid tak banyak dapat diambil sebab penjaga masjid melarang kami membawa masuk kamera, dan phone.
Masjid Quba : Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah-Melengkapkan ziarah di Madinah.
Restoran *_*- singgah dalam perjalanan ke Mekah- dalam ihram dah ni..
Nasi Mendi - sedappp..
Bersambung...

Monday, November 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)