Showing posts with label tips sihat. Show all posts
Showing posts with label tips sihat. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Nasi oh nasi

Nasi.Kesian dengan nasi. Kenapa jadi mangsa? Kalau kita baca di majalah hiburan, kebanyakan artis akan mengatakan, mereka tidak makan nasi untuk kelihatan lebih ramping dan kurus. Hish! Habis tu nak makan ape? Maknanya, omputeh tu kurus la...diorang makan roti.(tipuuuuu...hahaha)

1 senduk nasi = 75 kcal
1 keping roti = 75 kcal

Jadi, berapa keping anda makan roti untuk sarapan? 2 keping tak cukup ? 4 keping je? owh...itu dah sama dengan 4 senduk nasi. Belum lagi campur telur/sardin/ butter/ peanut butter. alih2 sama je dengan nasi .

Bandingkan juga dengan sumber karbohidrat lain. Jadi, nasi tak bersalah. Kenapa aku membebel ni? sebab patient yang aku jumpa tadi, sanggup menipu aku semata2 untuk meyakinkan aku yang diorang tak breakfast & dinner -to achieve gud blood sugar level. Oh, tetibe aku malas nk tulis. Sambung lain kali.

Wednesday, February 16, 2011

Susu Yang Terbaik

Setiap kali jumpa patient di kalangan ibu mengandung- Diabetes, soalan yang wajib aku tanya ialah "ada minum susu?" "susu apa?". sebab, kebanyakan mereka tidak tahu untuk memilih, susu yang sesuai dengan keadaan diabetes.

Hakikatnya, makanan yang paling sesuai untuk pesakit diabetes adalah makanan yang rendah kandungan lemak. Begitu juga dengan susu. Mesti cari yang rendah lemak @ low fat. Jadi, tak kira lah susu cap apa pun, ok je. Asalkan rendah lemak.

Oh, bayangkan lah seorang patient tu, dia sanggup minum susu kambing hanya kerana dengar cakap2 orang kampung- susu kambing boleh menurunkan paras gula. Sungguh kasihan. Sebab, paras gula patient tu, meningkat secara mendadak selepas amalkan minum susu kambing. Bukanlah aku nak jatuhkan martabat susu kambing, tapi susu kambing tidak sesuai untuk pesakit diabetes kerana termasuk dalam kategori full cream @ penuh krim..Kita mahu low fat!!!

Kenapa aku tulis pasal susu ni? Malam tadi, aku dinner di Salor. Oh, kedai itu merupakan pengedar susu kambing yang sangat kencanggg. Sebab poster susu kambing Brand XXX merata2 dalam kedai. Di poster itu, tertulis BOLEH MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH. Harap jangan ada yang tertipu...

Monday, February 7, 2011

Tips Untuk Menurunkan Berat Badan Dan Kolesterol

Dialog pagi tadi
En Suami : Pagi ni saya tak nak makan oat, nak makan malam nanti'
Pn Isteri : Maksudnya, kita tak makan nasi malam ni?(pura-pura terkejut sambi sorok kegembiraan dalam hati- tak payah masak)
En Suami : Ya
Pn Isteri : (sorak dlm hati sambil bersabar untuk berguling-guling- tunggu en suami pegi kerja dahulu-haha)

Ya, Oat mampu menurunkan paras kolesterol dan berat badan anda...kenapa?

1. Mengandungi serat larut (Beta glucan) yang boleh menyahkan kolesterol. Serap bagai span- kata Quacker

2. Mengandungi kalori yang sangat rendah. 3 sudu makan oat mentah bersamaan 75kcal. 3 sudu mentah, kalau dimasak sudah menjadi 1 mangkuk sederhana. Kenyang. 1 mangkuk nasi pula, dah jadi 225 kcal...owh, mari makan oat sekarang!

3. Banyak kajian telah dilakukan untuk membuktikan pernyataan 1 & 2 diatas. Eh, kajian tahun akhir saya juga!

Jadi, marilah sama-sama kita sahut cabaran jantung bijak Quacker (seerti Amy Mastura pula saya). Cara-cara menikmati oat dengan gembira (memandangkan orang kita tidak mengiktiraf oat sebagai makan ruji):

1. Makan Bersama susu dan buah-buahan (owh..mungkin jemu kalau setiap hari)

2. Makan bersama sup ayam panas atau tom yam panas. (tetap ada protein dan vitamin dalam sayuran)

3. Makan bersama buah-buahan kering seperti kismis dan prune.

4. Buatlah cookies, kek (seperti secret recipe) dan ayam goreng salut oat..dll..(resepi sila cari sendiri)


gambar ehsan google...