Aku nak cakap pasal karipap. Dari dulu suka karipap. Dulu, kini dan selamanya. Sebab? ..mak aku terer buat karipap. Aku pulak, setakat buat karipap, no hal beb. Bab "kelim" je. Tak main acuan2. Kelim je, ok. Uli doh, belum khatam.
Oleh kerana aku membesar dengan karipap, maka karipap telah bertakhta dalam hati sanubari. Kalau makan, tak boleh 1, 2 atau 3. Mesti nak lebih. Sama macam x-housemate, Kak Ain. Juga hantu karipap sardin mak dia.
Petang tadi, dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu, aku singgah kat Melor. Sebuah pekan kecil yang terletak kira2 20 km dari bandar Kota Bharu. (sila baca dengan nada Jejak Rasul ye). Dalam hujan renyai-renyai hampir lebat itu, aku berhenti jugak untuk beli karipap. Minggu lepas dah berhenti tapi, karipap sardin dah abis.
Untuk warga KB, gerai ni terletak depan BSN Melor.
Dah beli, plastik besar untuk adik2. Plastik kecik untuk kakak makan dalam sambil drive.
Rupa karipap yang cantik menawan.
Oleh kerana terlalu rindu, 3 biji abis dah selamat sebaik tiba di sempadan Daerah Pasir Puteh. Melor-Sempadan Daerah P.Puteh = <10km T_T.
Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts
Saturday, July 23, 2011
Monday, July 4, 2011
Resepi Nasi Pilaf- Mudah, Senang dan Pantas
BAHAN-BAHAN
3 cawan basmathi atau beras wangi
5 cwn air
1 biji bawang besar
Mentega secukupnya
Sedikit rempah tumis
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga,cengkih)
Sedikit garam Sedikit gajus dan kismis
2 helai daun pandan (disimpulkan)
CARA PENYEDIAAN
1.Cuci beras dan toskan
2.Cairkan mentega
3.Tumis bahan remah tumis
4.Masukkan bawang besar yang telah dimayang
5.Masukkan beras dan goreng seketika.
6.Masukkan air dan biarkan air menggelegak.
7.Masukkan kismis dan gajur serta daun pandan.
8.Kacau rata dan perlahan api dan biar sehingga nasi masak.
9.Hidangkan bersama lauk kegemaran. Saya tambah ayam palembang- ayam goreng pun boleyy..
Monday, February 7, 2011
Tips Untuk Menurunkan Berat Badan Dan Kolesterol
Dialog pagi tadi
En Suami : Pagi ni saya tak nak makan oat, nak makan malam nanti'
Pn Isteri : Maksudnya, kita tak makan nasi malam ni?(pura-pura terkejut sambi sorok kegembiraan dalam hati- tak payah masak)
En Suami : Ya
Pn Isteri : (sorak dlm hati sambil bersabar untuk berguling-guling- tunggu en suami pegi kerja dahulu-haha)
Ya, Oat mampu menurunkan paras kolesterol dan berat badan anda...kenapa?
1. Mengandungi serat larut (Beta glucan) yang boleh menyahkan kolesterol. Serap bagai span- kata Quacker
2. Mengandungi kalori yang sangat rendah. 3 sudu makan oat mentah bersamaan 75kcal. 3 sudu mentah, kalau dimasak sudah menjadi 1 mangkuk sederhana. Kenyang. 1 mangkuk nasi pula, dah jadi 225 kcal...owh, mari makan oat sekarang!
3. Banyak kajian telah dilakukan untuk membuktikan pernyataan 1 & 2 diatas. Eh, kajian tahun akhir saya juga!
Jadi, marilah sama-sama kita sahut cabaran jantung bijak Quacker (seerti Amy Mastura pula saya). Cara-cara menikmati oat dengan gembira (memandangkan orang kita tidak mengiktiraf oat sebagai makan ruji):
1. Makan Bersama susu dan buah-buahan (owh..mungkin jemu kalau setiap hari)
2. Makan bersama sup ayam panas atau tom yam panas. (tetap ada protein dan vitamin dalam sayuran)
3. Makan bersama buah-buahan kering seperti kismis dan prune.
4. Buatlah cookies, kek (seperti secret recipe) dan ayam goreng salut oat..dll..(resepi sila cari sendiri)

gambar ehsan google...

Subscribe to:
Posts (Atom)