Wednesday, February 16, 2011

Susu Yang Terbaik

Setiap kali jumpa patient di kalangan ibu mengandung- Diabetes, soalan yang wajib aku tanya ialah "ada minum susu?" "susu apa?". sebab, kebanyakan mereka tidak tahu untuk memilih, susu yang sesuai dengan keadaan diabetes.

Hakikatnya, makanan yang paling sesuai untuk pesakit diabetes adalah makanan yang rendah kandungan lemak. Begitu juga dengan susu. Mesti cari yang rendah lemak @ low fat. Jadi, tak kira lah susu cap apa pun, ok je. Asalkan rendah lemak.

Oh, bayangkan lah seorang patient tu, dia sanggup minum susu kambing hanya kerana dengar cakap2 orang kampung- susu kambing boleh menurunkan paras gula. Sungguh kasihan. Sebab, paras gula patient tu, meningkat secara mendadak selepas amalkan minum susu kambing. Bukanlah aku nak jatuhkan martabat susu kambing, tapi susu kambing tidak sesuai untuk pesakit diabetes kerana termasuk dalam kategori full cream @ penuh krim..Kita mahu low fat!!!

Kenapa aku tulis pasal susu ni? Malam tadi, aku dinner di Salor. Oh, kedai itu merupakan pengedar susu kambing yang sangat kencanggg. Sebab poster susu kambing Brand XXX merata2 dalam kedai. Di poster itu, tertulis BOLEH MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH. Harap jangan ada yang tertipu...