Saturday, February 19, 2011

Air Suam Je?

Kakak jual nasi... "Minum ape, dik? "
Aku jawab sambil kontrol lapar..."Air suam, kak"
Cis, kakak tu balas..."Air suam je?"

Situasi di kedai masa lunch tadi. Aku kata "ciss" sebab, kata-kata kakak tu macam perli aku. Minum air suam sebab nak jaga bajet. Ya, aku jarang-jarang minum air manis kalau lunch dekat kedai dia. (Kalau kedai lain, aku order je..Haha..)

Kakak tu tak tau, berapa kalori air manis seperti sirap berbanding air suam. Berapa? Air Sirap 40-60kcal, air suam = 0kcal. Jadi, air mana pilihan anda? Apatah lagi jika anda bekerja di bidang kesihatan, yang perlu memberi nasihat dan rundingcara pemakanan kepada pesakit yang kebanyakannya Diabetes? Owh..mari kita fikirkan...

Kakak tu tak tau jugak, aku peminat tegar kopi. Kepala aku sakit kalau tak minum kopi. Dan semalam, aku minum kopi 2 mug = 400kcal sebab, en suami tiada di rumah (takde oranga nak larang). Maka, pada waktu petang, aku terpaksa berbasikal selama setengah jam, hanya untuk membakar 480kcal.

Kakak, lain kali jangan ingat orang kedekut a.k.a bajet ye?