Sunday, July 17, 2011

Senyum

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Lagu ini ditujukan kepada makcik2 yang suka masam kat sinunnnnnn....eee..geram aku! senyum je la, x perlu kata apa2!!

Saturday, July 16, 2011

Selangkah Ke Alam Misteri : Asal Usul Hantu

ok, nak share yg aku dpt dr emel brantai2...

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya…kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

Sunday, July 10, 2011

Tips Kelihatan Gembira Dan Ceria Di Pejabat


:)

Imej Diri

May Fav. Tapi saya tak harapkan semua disekeliling saya berbau seperti 5th Avenue..

Tolong lah dengar isi hati rakan di sebelah anda. Adakah dia selesa dengan bau anda? Tolong pakai....
boleh tak? *__*

Wednesday, July 6, 2011

Perjalanan Ke Tanah Suci Part 2

Bertemu kita lagi di rancangan Perjalanan Ke Tanah Suci, Episod 2. Dalam episod kali ini, kita akan melihat gambar-gambar yang dirakamkan menerusi kamera N73 cap Nokia ya. Kerana aku terlalu teruja, memang tak bawak kamera untuk perjalanan menuju Allah ni.. *_*. Sambil menikmati gambar-gambar ini, eloklah Cik Ros pasangkan lagu HAJI MENUJU ALLAH nyanyian Raihan, ataupun PANGGILAN HAJI oleh Siti, Waheeda, Ezlyn dan Ella..ya..

Ok, perjalanan kita menuju ke Makkah Al Mukarramah..
8 Jam menaiki bas dari Madinah Al Munawwarah

Memasuki Kota Mekah- hampir dengan Masjidil Haram

Perasaan masa ni, tak yah cakap. Rasa nak panjangkan leher, jenguk ke dalam masjid, nak tengok Kaabah. Berdebar2 lebih dari nak jumpa boyfriend kali pertama *_*. Juga berdebar, adakah aku dapat melihat Kaabah? Ya Allah..berdebar sangat..

Perkarangan Masjid- ramai solat di ruangan ini. Jangan tiru. Kita solat di dalam. Pahala tak sama- rujuk buku Travelog Haji

Kaabah- Kiblat Umat Islam

Gambar ni di rakamkan dari tingkat atas masjid, selepas solat Maghrib. Waktu yang aku rasa, paling sesak dalam tempoh 9 hari di Tanah Suci Mekah kerana hari cuti umum Arab Saudi. Dapat melihat kaabah dengan mata sendiri adalah nikmat yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Dari Safa Ke Marwah

Semasa Saie..perlukan stamina. Lepas lengkap saie pertama, aku berazam nak pergi haji sebelum umur mencecah 40 tahun. Haji dan umrah adalah praktikal. Semoga kita boleh jalankan ibadah ini sewaktu usia remaja macam sekarang. *_*

Jabal Rahmah Atau Bukit Rahmah- Tempat pertemuan Adam Dan Hawa: Melengkapkan ziarah

Ramai orang kita kata, bila pergi Mekah, jgn lupa doa untuk dapat jodoh disini. Menurut Mutawif kami, Jabal Rahmah tidak termasuk dalam Tempat Mustajab Doa. Jadi..boleh berdoa, cuma ia tidak termasuk dalam tempat mustajab..

Di puncak Jabal Rahmah. Dari sini boleh nampak Padang Arafah...

Setakat itu sajalah gambar-gambar dan cerita untuk tatapan Cik Ros ye. Saya akhiri rancangan kita pada kali ini dengan visual yang dirakamkan sebelum ke Jeddah Aiport- Laut Merah....


Semoga perjalanan sahabatku, Roshaslida Ismail mendapat berkat dan mendapat Umrah yang Mabrur..Amin...

Perjalanan Ke Tanah Suci Part 1

Entry ini khas untuk Roshaslida Ismail, sebelum berangkat ke Baitullah. Untuk semangat anda, ye..

Saudi Riyal...

Jeddah Airport- pemandangan selepas mendarat

Perjalanan Jeddah ke Madinah

Madinah Hilton. Betul2 tepi Masjidil Nabawi. Tapi aku tak stay sini..*_*.
Masjid Nabawi.

Antara yang tak boleh dilupa kat sini bila berjalan di tepi jemaah Turki, untuk ke Makam Rasullullah S.A.W. Mak cik Turkish tu duk sebut2 "Assalamualikum Ya Rasulullah, Assalamulaikum Ya Habibullah" sambil mengalirkan air mata. Tujuan kami sama- ziarah Rasulullah. Dan berdoa di Raudhah..Taman Syurga...gambar2 dalam masjid tak banyak dapat diambil sebab penjaga masjid melarang kami membawa masuk kamera, dan phone.

Masjid Quba : Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah-Melengkapkan ziarah di Madinah.

Restoran *_*- singgah dalam perjalanan ke Mekah- dalam ihram dah ni..

Nasi Mendi - sedappp..

Bersambung...

Monday, July 4, 2011

How To Handle A Problem

Bila stress, kita mengeluh
Berkeluh-kesah
Cakap sorang2. Tak sihat minda
Maka, mari kita karang satu surat luahan perasaan
Ingat lagi tak, Ruangan Keluh Kesah Bersama Kak Esah?
Jawapan Kak Esah yang sungguh annoying


Assalamualaikum Kak Esah

Saya ada satu masalah. Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Saya sedih sekarang ni, sebab suami saya bermain kayu tiga. Tolonglah selesaikan masalah saya.

Jawapan Kak Esah

Waalaikumsalam. Kesian adik. Tapi Kak Esah sukar nak bantu adik kerana, adik tak beritahu Kak Esah kayu jenis apa yang dimainkan oleh suami adik tu. Nanti adik hubungi Kak Esah lagi ye.Bye

hrm....