Wednesday, February 9, 2011

Resepi Kek Coklat Moist



Owh..aku bukanlah terer memasak. Bukan juga rajen. Yang ni sebab nak sedekah gambar Kek Coklat Utk Buku Resepi Kanak-Kanak. Guna Kamera Cap Ayam jer. Tak Mampu beli DSLR lagi..Resepi kek ni, Member aku, Cik Baya la yg punyer. Sebab sedap dan senang...maka aku pun suka buat la...

Bahan-bahan :
1 cwn mentega
1 cwn gula castor
1 cwn susu pekat
1 cwn air
1 cwn serbuk koko
2 cwn gandum
2 biji telur
1 camca the soda bikarbonat
1 camca baking powder

CARA :
- Pukul mentega + gula hingga sebati
- Masukkan telur
- Masukkan susu n kacau
- Campur soda n baking powder ke dlm gandum hingga serata. Kemudian masukkan bhn tsebut ke dalam adunan td
- Masukkan serbuk koko dan air
- Masukkan dlm loyang & bakar dgn api sederhana (150°C - 200°C)

Sila abaikan jumlah kalori yang perlu dibakar jika anda telah menelan 1 slice yang ditoppingkan dengan coklat masakan seperti di atas ye..Owh, abaikan...Anggaran sebiji kek ni, mungkin dalam 1000-1500kcal. Jadi, anda cuma hanya perlu kira jumlah slice/potongan kek yang akan anda buat, dan bahagikan dengan jumlah kalori sebiji kek. Boley?

NakCakap Lagi: Pinggan Lama, baru beli..hehe

1 comment:

aliya wannur said...

...yg ptg pinggan tuh..hehe...